Saturday, 6 March 2021

updated 1:06 PM UTC, Mar 6, 2021

PKPD dilaksanakan di DTI Pekan Nenas bermula esok

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 22 Januari - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Blok Tahanan dan Kuarters Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian, Johor bermula esok sehingga 5 Februari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, pelaksanaan PKPD dikawasan tersebut atas nasihat dan penilaian Kementerian Kesihatan (KKM).

Sehingga semalam, KKM telah melaksanakan 360 ujian saringan.

Daripada jumlah itu sebanyak 177 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

Pelaksanaan PKPD ini untuk mengawal pergerakan masuk tahanan dari luar serta mengelakkan penularan jangkitan kepada staf, keluarga serta komuniti luar.