Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Ingkar PKP: 389 individu ditahan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 14 Januari - Seramai 389 individu ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 371 individu dikenakan kompaun manakala 18 orang direman.

Dalam pada itu Datuk Seri Ismail Sabri berkata seramai 138 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan enam tekong ditahan serta 13 kenderaan darat dirampas menerusi Operasi Benteng .

Katanya, sebanyak 267 sekatan jalan raya dilaksanakan semalam yang membabitkan Op Penawar (202), Op Benteng Polis Diraja Malaysia (56) dan Op Benteng Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (9).

Mengulas mengenai SOP bagi orang perseorangan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menghulurkan bantuan di negeri dilanda banjir, mereka perlu membuat permohonan menerusi Pusat Pengurusan Bencana Negeri atau daerah.