Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Premis dobi layan diri dibenar beroperasi

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 14 Januari - Premis dobi layan diri dibenarkan beroperasi mulai hari ini dengan syarat ketat.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini berkata, antara syarat itu ialah pengusaha dobi berkenaan perlu menyediakan seorang pekerja yang bertindak menjaga dan memantau pelanggan agar mematuhi Prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Mengenai taman awam, semua aktiviti riadah dan berbasikal tidak dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali taman di kawasan perumahan dan kejiranan.