Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Tujuh kluster baharu libatkan 5 negeri

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 14 Januari - Sebanyak 7 kluster baharu dikenal pasti hari ini iaitu di Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak.

Ia melibatkan Kluster Jalan Selayang, Kluster Tropika, Kluster Pasir Barat, Kluster Tapak Bina Dutamas,Kluster Jalan Pahang, Kluster Jalan Rantau-Siliau dan Kluster Intan Mas.

Kluster Selayang melibatkan daerah Gombak dengan 84 kes dikesan positif.

Kluster Tropika pula melibatkan daerah Johor Bharu dengan 55 kes positif manakala Kluster Pasir Barat melibatkan daerah Johor Bahru dan Kota tinggi dengan 92 kes positif.

Manakala dua kluster baharu di Kuala Lumpur ialah Kluster Tapak Bina Duta Mas melibatkan daerah Kepong dengan catatan 18 kes positif dan Kluster Jalan Pahang melibatkan daerah Kepong, Titiwangsa, Lembah Pantai dan Cheras, sebanyak 6 kes positif.

Kluster Jalan Rantau-Siliau di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan mencatatkan kes baharu tertinggi, dengan 96 kes positif.

Seterusnya Kluster Intan Emas melibatkan daerah Hilir Perak, merekod 15 kes positif.

Sehingga hari ini, jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 276 kluster.