Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Banjir di Johor: Penduduk terjejas berkurang

  • Published in Nasional

JOHOR BAHRU, 14 Januari- Jumlah penduduk terjejas banjir menurun kepada 892 orang daripada 276 keluarga.

Mereka berlindung di sepuluh Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sebanyak 17 PPS ditutup di daerah Kota Tinggi, dan Johor Bahru.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R.Vidyanathan berkata, daerah Kota Tinggi masih mencatatkan penduduk terjejas tertinggi, dengan 612 penduduk ditempatkan di lima PPS.

Diikuti 118 penduduk terjejas di dua PPS di Johor Bahru.

Jalan Kota Tinggi – Kluang, masih ditutup kepada semua jenis kenderaan akibat tanah runtuh.