Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Belanjawan 2021 ditambah baik susulan PKP, darurat

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 14 Januari- Kementerian Kewangan sedang mengkaji dan membincangkan penambahbaikan yang sesuai di bawah Belanjawan 2021 susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pengisyitharan darurat.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan, langkah itu bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan.

Kementerian sentiasa mendengar dan bersedia menambah baik inisiatif Belanjawan 2021 jika ada keperluan.

Pihaknya ketika ini sudah memulakan pelaksanaan langkah-langkah Belanjawan 2021.

Sementara itu, mengulas fenomena banjir yang melanda beberapa negeri, kerajaan akan memastikan bantuan yang diperlukan sampai kepada mereka yang terjejas.

"Saya dimaklumkan beberapa pihak bank telah bersetuju untuk memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman bagi mangsa-mangsa banjir ini, termasuk moratorium bayaran balik sehingga enam bulan."

"Kita mengalu-alukan usaha sebegini, ia diperlukan bagi membantu meringankan beban rakyat dan perniagaan khususnya dalam situasi terkini."

Semua pihak perlu berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing untuk melonjakkan semula ekonomi negara.