Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Banjir di Pahang semakin pulih

  • Published in Nasional

KUANTAN, 14 Januari- Situasi terkini menunjukkan tanda semakin pulih apabila penduduk terjejas banjir di Pahang semakin berkurangan yang menyaksikan 9,241 orang dipindahkan ke 119 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat 2.00 petang tadi.

Jumlah itu berkurangan berbanding 10,797 orang penduduk terjejas banjir, pada 12.00 tengahari tadi.

Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Pekan kini merekodkan jumlah jumlah penduduk terjejas paling ramai dipindahkan dengan 3,331 orang daripada 930 keluarga ditempatkan di 38 PPS.

Diikuti daerah Temerloh, seramai 1,618 orang, Maran melibatkan 2,075 orang, Bera (971 orang) dan Kuantan (853 orang).

Manakala daerah Lipis pula melibatkan 353 orang Jerantut (34 orang), dan Raub (26 orang).