Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Operasi pembancian bersemuka diteruskan, kecuali kawasan PKP, PKPD

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 14 Januari- Operasi pembancian secara bersemuka tidak dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Diperketatkan.

Jabatan Perangkaan Malaysia dalam satu kenyataan berkata, maklumat banci di kawasan berkenaan akan dikumpul secara dalam talian melalui e-Census dan kaedah panggilan telefon mengikut kesesuaian.

Manakala pembancian bersemuka dibenarkan di kawasan PKP Pemulihan dan PKP Bersyarat.

Gerak kerja Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 secara bersemuka disusun semula berikutan pelaksanaan semula PKP selama 14 hari.

Berdasarkan respons yang diterima setakat kini, seramai 8.8 juta atau 27.1 peratus daripada anggaran 32.7 juta penduduk Malaysia telah direkodkan dalam Banci Malaysia 2020.

Orang ramai yang masih belum membuat pengisian banci diseru mengisi maklumat secara dalam talian.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai e-Census, layari atau hubungi pautan serta talian berikut, atau kunjungi Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri berdekatan.

  • Portal : www.mycensus.gov.my
  • e-Census : ecensus.mycensus.gov.my
  • Help Desk : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Media sosial : facebook @MyCensus2020
  • WhatsApp : +6013-772 2020
  • Telegram : https://t.me/BANCI2020