Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

253 Individu ditahan ingkar PKP

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 13 Jan - 253 individu ditahan semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

252 daripada mereka dikompaun dan seorang direman.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kesalahan paling tinggi dikesan ialah tidak memakai pelitup separuh muka.

Selain itu, ada juga yang terlibat aktiviti pusat hiburan, gagal mengamalkan penjarakan fizikal serta premis tidak menyediakan alat merekod butiran pelanggan.

Menerusi Ops Benteng pula, 18 Pendatang Asing Tanpa Izin dan tiga tekong ditahan.

Turut dirampas tujuh kenderaan.