Sunday, 17 January 2021

updated 12:18 PM UTC, Jan 17, 2021

PKP: Operasi media untuk penyampaian maklumat diteruskan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 13 Januari - Operasi organisasi media bagi tujuan produksi program, berita, rencana dan kandungan tempatan untuk penyampaian maklumat dibenarkan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Manakala operasi media yang berbentuk penyiaran lain seperti hiburan tidak dibenarkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah melalui satu kenyataan menyatakan operasi media di negeri yang terlibat dalam PKPB dan PKPP pula boleh meneruskan perkhidmatan mengikut SOP ditetapkan.

Petugas media yang juga petugas barisan hadapan diingatkan untuk terus mematuhi SOP ketika menjalankan tugas bagi melindungi diri serta menjaga keselamatan keluarga dan komuniti daripada ancaman COVID-19.

Maklumat lanjut mengenai SOP sektor komunikasi meliputi telekomunikasi dan internet, penyiaran, serta pos dan kurier, e-dagang dan industri kreatif boleh didapati di laman sesawang KKMM.