Proklamasi Darurat buka ruang ATM kuat kuasa undang-undang lebih tegas
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Nasional
KUALA LUMPUR, 13 Januari - Proklamasi Darurat membolehkan kerajaan menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas dan menyeluruh.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebagai contoh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) boleh menguatkuasakan undang-undang yang sebelum ini hanya tertakluk di bawah kuasa Polis.
Nilai denda juga boleh ditambah berbanding hanya RM1,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP yang dikuatkuasakan ketika ini.