Sunday, 17 January 2021

updated 12:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Sultan Nazrin titah elak noda agama untuk laba politik

  • Published in Nasional

IPOH, 12 Jan - Ini pula peringatan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah, umat Islam diminta tidak menyerahkan amanah atau tanggungjawab kepada golongan yang bermoral rendah, terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa, tidak amanah dan tidak ikhlas.

Ini kerana perlakuan golongan yang berimej mungkar dan munafik boleh mencemarkan nama baik ummah serta kesucian Islam.

Titah baginda, umat Islam wajib melindungi kesucian agama daripada sebarang bentuk penodaan atau pencemaran berpunca daripada persaingan untuk mendapatkan laba politik.

Sultan Nazrin bertitah pada Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam Perak, Ahli Jawatankuasa Fatwa, Hakim Mahkamah Utama Syariah dan Ketua Pendakwa Syarie di Ipoh.