Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Perincian pembukaan sekolah dibuat selepas pengumuman khas PM Isnin ini

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 10 Jan - Kementerian Pendidikan akan memperincikan isu berkaitan pembukaan semula sekolah dan institusi di bawah KPM, sejurus selepas pengumuman khas Perdana Menteri mengenai Tindakan Lanjut untuk membendung penularan COVID-19, Isnin ini.

Menterinya, Dr Radzi Jidin enggan mengesahkan, sama ada sekolah tetap dibuka pada 20 Januari ini atau ditangguhkan susulan peningkatan jumlah kes COVID-19.

Beliau menegaskan, komitmen kementerian ketika ini, adalah memastikan pelajar dapat kembali semula ke sekolah.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada situasi semasa COVID-19.

Dr. Radzi berkata; beliau mendengar dan mengambil kira semua pandangan pelbagai pihak berhubung pembukaan sekolah.

Bagaimanapun, semua pandangan itu perlu diselarikan dengan data dan maklumat yang ada, sebelum sebarang tindakan diambil kerajaan.

Beliau menyatakannya pada Program Back to School di ibu negara.

Seramai 250 pelajar sekolah rendah menerima sumbangan persekolahan daripada Perikatan Nasional Setiawangsa.