Sunday, 17 January 2021

updated 12:18 PM UTC, Jan 17, 2021

COVID-19: PKPB di beberapa negeri ditamatkan

  • Published in Nasional


PUTRAJAYA, 5 Disember- 
Susulan pengurangan kes jangkitan COVID-19 di beberapa negeri, kerajaan hari ini membuat keputusan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa buah negeri.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu dilakukan setelah mempertimbangkan impak semasa dan jangkaan kesan terhadap pemulihan ekonomi yang terpaksa dihadapi sekiranya PKPB terus dilaksanakan.

Menurut beliau, dijangkakan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara akan kerugian sebanyak RM300 juta sehari jika PKPB terus dilaksanakan.

Manakala PKPB di Kuala Lumpur dilanjutkan sehingga 20 Disember.

Juga di Selangor, kecuali bagi daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengesahkan masih terdapat peningkatan kes positif COVID-19 yang ketara daripada beberapa kluster yang melibatkan wilayah tersebut.

Tambah beliau, bermula esok, PKPB di Putrajaya, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan dan Labuan, ditamatkan kecuali di beberapa kawasan. Senarainya adalah seperti berikut:

 

Pelanjutan PKPB (7 Disember - 20 Disember 2020)

  • Pulau Pinang: Mukim 12 (Barat Daya) dan Mukim 13 (Timur Laut) 
  • Perak: Daerah Kinta, Mukim Teja (Kampar), dan Mukim Changkat Jong (Hilir Perak)
  • Kelantan: Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas
  • Negeri Sembilan: Port Dickson, Seremban
  • Johor: Kota Tinggi, Johor Bahru, Batu Pahat, dan Kulai