Sunday, 17 January 2021

updated 12:18 PM UTC, Jan 17, 2021

i-Sinar: KWSP pertimbang permohonan ahli terjejas tidak penuhi syarat

  • Published in Nasional


KUALA LUMPUR, 5 Disember- 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mempertimbang permohonan semua ahlinya yang mengalami pengurangan pendapatan, untuk bantuan i-Sinar.

KWSP dalam penerangannya kepada media menjelaskan, ia merangkumi ahli terjejas yang tidak memenuhi syarat-syarat ditetapkan bagi kategori dua.

Sebelum ini KWSP mengumumkan pemohon dalam kategori dua, mestilah ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas.

Ia termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa, selepas Mac 2020.

Justeru, ahli yang tidak tergolong dalam kategori itu, tetapi masih mengalami pengurangan pendapatan boleh memohon bantuan i-Sinar untuk dipertimbangkan.

Ahli hanya perlu mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti.

Mereka juga digalakkan memohon pada 11 Januari 2021.