Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Projek pembangunan di Kota Bharu perlu ikut pelan induk

  • Published in Nasional


KUBANG KERIAN, 5 Disember- 
Semua projek pembangunan di jajahan Kota Bharu mesti mengikut pelan induk terutama mempunyai sistem perparitan sempurna.

Ini bagi mengelak berlakunya banjir termenung yang menenggelamkan rumah selama beberapa hari.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, longkang yang tidak diselenggara dengan baik menjadi antara punca utama berlakunya banjir.

Sehubungan itu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu membuat penyelenggaraan membersihkan longkang sekurang-kurangnya setahun sekali.

Beliau menyarankan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) agar menguatkuasakan perkara itu terutama di kawasan rendah bagi mengelak banjir kilat berlaku.

Ini termasuk memastikan setiap projek perumahan atau mana-mana yang mahu membina rumah agar mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun jelasnya, isu banjir air termenung di kawasan perumahan di Kelantan kini sudah banyak yang diselesaikan selepas isu perparitan dapat diatasi.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke beberapa taman perumahan yang terjejas akibat banjir di Wakaf Stan, Kubang Kerian.