Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Sistem pajakan ladang harumanis akan diperkenal di Perlis

  • Published in Nasional


ARAU, 5 Disember-
 Harumanis begitu terkenal dan sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia terutamanya di negeri Perlis.

Sehubungan itu, negeri Perlis bakal memperkenalkan sistem pajakan ladang harumanis di bawah selian Jabatan Pertanian khusus kepada warga negeri itu bagi meningkatkan ekonomi dan kualiti pengeluran buah ikon itu.

Sebagai permulaan, ladang berkeluasan 6.07 hektar dipajak kepada tiga pekebun.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, Jabatan Pertanian negeri akan memantau projek berkenaan selama semusim dan akan dikembangkan sekiranya berjaya.

Setiap pekebun menerima 2.02 hektar ladang dengan 260 pokok harumanis dewasa.

Beliau menjelaskannya kepada media pada majlis Pelancaran Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Perlis di Arau Perlis.  

Terdahulu Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan hadir merasmikan program penanaman 4,500 pokok harumanis di 14 (DUN) di negeri Perlis.