Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Kemelut politik Perak tidak beri kesan kepada keutuhan GRS

  • Published in Nasional


KOTA KINABALU, 5 Disember-
Kemelut politik di Perak tidak akan berjangkit ke Sabah.

Pengerusi Badan Perhubungan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menegaskan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang membentuk kerajaan negeri ketika ini saling memahami dan bekerjasama antara satu sama lain.

Beliau turut memberi jaminan UMNO Sabah tidak akan mengkhianati rakan parti dalam GRS dan turut berharap parti lain dalam gabungan itu juga tidak mengkhianati UMNO serta Barisan Nasional (BN).

Datuk Seri Bung Moktar mahu semua pemimpin GRS terus menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

"Di Sabah, kita ada sentimen kita sendiri."

"Kita utamakan kepentingan rakyat dan kita harapkan pemimpin-pemimpin di negeri ini memahami antara satu sama lain."

Beliau berkata demikian kepada media di Kota Kinabalu sebagai menafikan spekulasi bahawa kemelut politik Perak boleh berpindah ke Sabah, berdasarkan andaian UMNO Sabah sepatutnya mendapat jawatan Ketua Menteri selepas GRS memenangi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 26 September lalu.