Sunday, 17 January 2021

updated 1:37 PM UTC, Jan 17, 2021

SKMM naik taraf menara telekomunikasi kepada 4G demi kemudahan orang asli

  • Published in Nasional


KUALA LUMPUR, 5 Disember- 
Sebanyak 11 menara telekomunikasi di sepanjang laluan Jalan Sungai Koyan sehingga Lembah Bertam, Cameron Highlands telah dinaik taraf daripada menggunakan teknologi Very Small Aperture Terminal (VSAT) kepada rangkaian gentian optik liputan 4G.

Menurut kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), sembilan daripadanya di kawasan Pos Menson, siap dibina pada Oktober 2019 telah dinaik taraf pada 5 November lalu.

Pada 4 Disember lalu, SKMM telah bertemu ketua masyarakat di Pos Menson untuk mendapat maklum balas kualiti pengalaman selepas penambahbaikan serta mendapat maklum balas keperluan bagi kampung yang berdekatan.

Penambahbaikan liputan dan kualiti perkhidmatan kepada 4G bagi kawasan Cameron Highlands giat ditingkatkan selaras pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Kemudahan telekomunikasi di perkampungan orang asli di negara ini sentiasa dipertingkat oleh SKMM bagi memastikan masyarakat orang asli, khususnya generasi muda, tidak ketinggalan dalam era digital.