Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

KPDNHEP siasat dan jejak kegiatan kartel daging sejuk beku

  • Published in Nasional

HULU TERENGGANU, 5 Disember - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang menyiasat kemungkinan berlaku ketirisan penguatkuasaan agensi tertentu berhubung kegiatan kartel mengimport daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina yang kemudiannya dibungkus semula dengan logo halal.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, kementerian juga sedang mengesan lokasi penghantaran daging berkenaan di seluruh negara.