Sunday, 17 January 2021

updated 12:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Pemantauan bekalan daging sejuk beku akan dipertingkat

  • Published in Nasional

SEREMBAN, 5 Disember - Pemantauan bekalan daging sejuk beku yang dijual di pasaran negara ini akan dipertingkat dengan kerjasama agensi dan kementerian berkaitan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia termasuklah memperkasakan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan status halal diperakui.

Beliau menjelaskan, peringatan awam yang diberi juga akan dipertingkat bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
 
Beliau berkata demikian ketika mengulas pembongkaran kegiatan kartel mengimport daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina yang kemudiannya dibungkus semula dengan logo halal.

Kegiatan itu terbongkar hasil serbuan pihak berkuasa di sebuah gudang haram sebelum menyita gudang tersebut.

Datuk Dr Zulkifli ditemui pemberita selepas melancarkan Program Santuni Gelandangan dan Muallaf di Seremban.