Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Kos ujian saringan COVID-19 perlu diselaras, ringankan beban majikan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 29 November - Kos ujian saringan COVID-19 perlu diselaraskan dan jika boleh dikurangkan bagi meringankan beban majikan.

Saranan dibuat, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan mengulas pelaksanaan Program Saringan COVID-19 Bagi Pekerja Asing secara bersasar bermula Selasa ini.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hanya membiayai ujian saringan menggunakan kaedah RTK-Antigen manakala majikan perlu membayar kos perkhidmatan.

Bagi pekerja asing yang tiada caruman PERKESO, kos perlu ditanggung majikan.

Sementara itu, salah seorang usahawan yang ditemu bual berkata, majikan perlu bertanggungjawab atas keselamatan dan kesihatan pekerja berikutan peningkatan kes di negara terutama di tempat kerja.

Bagi Pakar Kesihatan Awam, Dr. Tharani Loganathan, beliau mencadangkan supaya kerajaan Malaysia mewajibkan saringan dua minggu sekali seperti di Singapura.

Saringan COVID-19 di Zon Merah itu dilaksanakan PERKESO dengan kerjasama klinik dan hospital swasta.