Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

1,333 kes sembuh, Kuala Lumpur catat kes positif harian tertinggi

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 29 November - Situasi terkini COVID-19.

1,333 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih 52,647 kes atau 81.6% daripada keseluruhan kes.

Kes baharu pula, kekal empat angka, 1,309 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif 64,485 kes.

Kuala Lumpur mencatat kes positif tertinggi hari ini dengan 493 kes diikuti Sabah 290 dan Selangor 238 kes.

Tiga lagi kematian turut dilaporkan menjadikan jumlahnya 357.

Empat kluster baharu COVID-19 dikenal pasti hari ini masing-masing satu di Kuala Lumpur, Selangor, Sabah dan Kelantan dengan 114 kes positif dikesan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kluster terlibat adalah Tapak Bina Sungai Mulia di Kuala Lumpur, Batu Lima di Sabah, Yayasan di Selangor dan Hilir di Kelantan.

Kluster Tapak Bina Sungai Mulia melibatkan daerah Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan 23 kes positif.

Manakala Kluster Batu Lima melibatkan daerah Kota Kinabalu Sabah dengan 49 kes positif.

Bagi Kluster Yayasan di daerah Klang Selangor pula, 21 kes dikesan positif.

Dan kluster keempat, iaitu Kluster Hilir dengan 21 kes positif dikesan di daerah Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh, Kelantan.

Sehingga hari ini, sebanyak 359 kluster telah dilaporkan.

176 telah ditamatkan termasuk satu kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Megah.