Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

648 individu ditahan ingkar PKP, 99 PATI serta dua penyeludup ditahan melalui Ops Benteng

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 29 November - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram.

Agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus.

Dalam satu kenyataan media mengenai pelaksanaan PKPP/PKPB beliau berkata, melalui Ops Benteng, 99 pendatang asing tanpa izin, dua penyeludup serta merampas dua kenderaan darat semalam.

280 Sekatan Jalan Raya (SJR) juga dilaksanakan semalam.

Dalam pada itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) yang sepatutnya berakhir hari ini di Kg. Numbak dan Penempatan Telipok, Kota Kinabalu, Sabah dilanjutkan 14 hari lagi bermula 30 November hingga 13 Disember ini.

648 individu juga ditahan semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

594 individu telah dikompaun manakala 54 individu direman.

Kesalahan aktiviti pusat hiburan tertinggi iaitu 331 kes, gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal 102 kes dan tidak memakai pelitup muka 65 kes.