Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Banjir di Pulau Pinang: Paras air sungai dijangka naik

  • Published in Nasional


TASEK GELUGOR, 29 November- 
Seramai 16 orang mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan, SK Pengkalan Jaya Daerah Seberang Perai Utara (SPU) masih lagi ditempatkan di PPS berkenaan.

Ia berikutan paras air sungai besar di kawasan terbabit dijangka naik petang ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah SPU, Kepten Pertahanan Awam Widiana Mohd Ani ketika dihubungi berkata, dua sungai tersebut melibatkan Sungai Jarak dan Sungai Kulim.

Seramai 20 orang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersiap sedia di kawasan berkenaan.

Ketika ini, hanya PPS SK Pengkalan Jaya yang masih beroperasi selepas PPS SK Sri Penanti di Daerah Seberang Perai Tengah ditutup sepenuhnya tengah hari tadi.

Dua petugas melibatkan anggota dan pegawai APM ditempatkan di PPS SPU bagi mengawasi keadaan mangsa banjir.