Mayat hampir reput terdampar di pantai Pulau Kekabu, Marang
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Nasional
MARANG, 29 Nov - Mayat lelaki hampir reput ditemui terdampar di Pantai Pulau Kekabu, Marang
Mayat tanpa identiti itu ditemui pengunjung pantai tersebut kira kira pukul 3.30 petang semalam.
Seorang pengunjung, Dilla Emelia Harun berkata, ketika berada di pantai bersama keluarga dia ternampak objek terapung yang menyangka anak patung.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Md Dris berkata menerusi maklumat yang diterima pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil membuat laporan polis
Mayat terbabit dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.