Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

BERSATU Pulau Pinang sokong sayap baharu kalangan bukan melayu

  • Published in Nasional

PULAU PINANG, 29 Nov - Di Pulau Pinang,

Parti Bersatu negeri menyokong penuh pindaan perlembangaan yang membuka sayap parti baharu kepada bukan melayu.

Timbalan Pengerusinya, Zulkefli Bakar berkata, usul tersebut dilihat memberi impak positif ke arah memperkuatkan parti.

Sementara itu, jelas Zulkefli, amanat yang disampaikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu diperhalusi semua ahli terutamanya ke arah mengurus negara yang lebih berintergriti.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan parti itu yang diadakan secara maya di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, Pulau Pinang.

Kira-kira 39 ahli termasuk ketua bahagian Bersatu negeri hadir dalam perhimpunan tersebut.