Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

577 lagi ditahan ingkar PKP

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 28 November - 577 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya berkata, daripada jumlah itu 522 individu dikompaun manakala 55 lagi direman.

Kesalahan tertinggi ialah gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal iaitu sebanyak 215 kes diikuti aktiviti pusat hiburan 116 kes.

Lain-lain kesalahan termasuk tidak memakai pelitup muka, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan dan rentas negeri atau daerah PKPB tanpa kebenaran.

Dalam Operasi Benteng pula, polis berjaya menahan seramai 49 pendatang asing tanpa izin, dua penyeludup serta merampas empat kenderaan darat.

Sebanyak 278 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan semalam melibatkan Op Penawar, Op Benteng PDRM dan Op Benteng Aksem.