Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

COVID-19 : 1,110 kes sembuh, 1,315 kes positif serta enam kluster baharu dikesan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 28 November - 1,110 kes sembuh COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih 51,314 atau 81.2% daripada keseluruhan kes.

Kes baharu pula, 1,315 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 63,176 kes.

Sabah merekodkan kes baharu tertinggi dengan 476 kes diikuti Selangor 266 dan Kuala Lumpur 191.

Empat lagi kematian turut dilaporkan hari ini.

Enam kluster baharu COVID-19 dikenal pasti hari ini.

Empat kluster dikesan di Sabah, satu di daerah Petaling, Selangor dan satu lagi di Kuala Lumpur melibatkan 238 kes positif.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster pertama iaitu PTS Sibuga dikesan di daerah Sandakan, Sabah melibatkan 104 kes positif.

Kluster kedua iaitu Kluster Tapak Bina Jesselton di daerah Kota Kinabalu melibatkan 44 kes positif.

Kluster ketiga iaitu Kluster Dermaga pula melibatkan daerah Sandakan dengan 34 kes positif.

Manakala kluster keempat, juga di Sabah iaitu Kluster Tempasuk di daerah Kota Belud merekodkan 12 kes positif.

Kluster kelima, UD SS2 di daerah Petaling, Selangor merekodkan 13 kes positif.

Dan Kluster keenam, Tapak Bina Awam Baru melibatkan daerah Kepong dan Cheras di Kuala Lumpur merekodkan 31 kes positif.

Setakat ini, terdapat sebanyak 355 kluster telah direkodkan.

Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 175 kluster termasuk dua kluster yang tamat hari ini iaitu Kluster Menara dan Kluster Simera.