Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Ketua Srikandi dan Armada BERSATU kemuka perancangan dan cadangan perkasa parti dan tangani kos sara hidup

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 28 November - Enam Perancangan gerak kerja menerusi Agenda Bertindak 2.0 (2020-2035) digariskan Srikandi BERSATU.

Menurut ketuanya, Datuk Seri Rina Harun, enam gerak kerja itu melibatkan Pemerkasaan Parti, Jaringan Masyarakat, Srikandi Muda, Wanita Progresif, Gerakan Prihatin dan Suara Srikandi.  

Menerusi pemerkasaan parti, penambahan 200% ahli ditekankan di setiap peringkat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15.

Srikandi juga perlu memperluaskan jaringan kemasyarakatan akar umbi seperti mengadakan program kolaborasi bersama badan bukan kerajaan, agensi kerajaan dan swasta.

Menerusi Gerakan Prihatin, penganjuran pelbagai program antaranya bertemakan pendidikan, kesihatan, undang-undang dan kebajikan bagi membudayakan ilmu dan menambah kemahiran Srikandi.

Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) pula mencadangkan tiga perubahan jangka pendek bagi rakyat Malaysia yang dibelenggu kos sara hidup yang tinggi.

Ketuanya, Wan Fayhsal Wan Kamal memberitahu, ia melibatkan Rumah Mesra Rakyat, Pendidikan Sepanjang Hayat dan Kebajikan Hari Tua.

Jelasnya, dasar perumahan awam yang lebih agresif diperlukan bagi membekalkan rumah mampu milik atau rumah mampu sewa yang lebih berintegrasi dengan keperluan ekonomi rakyat.