Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Bekas Penyampai Berita RTM Noormadiana Kamaluddin, meninggal dunia

  • Published in Nasional

PAHANG, 27 November - Bekas penyampai RTM, Noormadiana Kamaluddin meninggal dunia semalam akibat kanser payudara. 

Allahyarham 34 tahun, meninggalkan suami dan seorang anak perempuan berusia 5 tahun.

Jenazah Noormadiana selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali di Kuantan, Pahang.

Menurut ibunya, Maisarah Alias, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan kelmarin selepas keadaannya dilaporkan tidak stabil.

Keadaan Noormadiana semakin tenat sebelum meninggal dunia petang semalam.

Pada 2013, Allahyarham ditukarkan ke Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Pahang sebelum mengambil keputusan berhenti pada 2016 untuk memberi tumpuan kepada perniagaan andaman.