Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Sembilan taman perumahan di Sungai Seluang dikenakan PKPD tengah malam ini

  • Published in Nasional

KULIM, 26 November - Polis memperketatkan kawalan di beberapa taman perumahan di Mukim Sungai Seluang, Kulim, Kedah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu bermula tengah malam ini.
 
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, selain aspek pematuhan SOP, penduduk diingatkan agar tidak mengambil kesempatan untuk keluar dari kawasan itu sebelum atau sepanjang tempoh PKPD tanpa alasan kukuh.

Di samping pelaksanaan sekatan jalan raya, polis turut memperketatkan kawalan di lorong-lorong tikus yang boleh digunakan untuk keluar masuk

Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat polis daerah, IPD Kulim.

Semalam, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, PKPD itu melibatkan kira-kira 6,000 penduduk di sembilan taman perumahan.