Logo

K.Harindas ditahan polis

JOHOR BAHRU, 25 November - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan pejuang hak asasi manusia, K.Harindas.

Penahanan tersebut susulan fitnah dilontarkan terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay membabitkan isu integriti.

Datuk Ayob Khan memaklumkan PDRM kini sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung tindakan Harindas itu.

Menurutnya, suspek berusia 39 tahun itu ditahan di kawasan Taman Pasir Mas, Rantau Negeri Sembilan, 9 malam Isnin lalu.

Beliau berkata demikian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Pada 20 November lalu, Harindas melemparkan fitnah dan tomahan berkenaan menerusi video yang tular di facebook.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.