Sunday, 17 January 2021

updated 12:18 PM UTC, Jan 17, 2021

COVID-19: Kluster Teratai rekod kes tertinggi

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 24 November - Peningkatan mendadak kes COVID-19 di Lembah Klang khususnya di Selangor berkait rapat dengan kluster-kluster di tempat kerja.

Kluster Teratai menyumbang angka tertinggi iaitu 4,036 kes sejak pandemik itu melanda negara.

Hari ini sahaja kluster berkenaan menyumbang 1,511 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan medianya memaklumkan, sehingga kini 119 kluster dilaporkan adalah berkaitan tempat kerja.

Daripada jumlah itu 36 kluster telah diisytiharkan tamat, manakala 83 yang lain masih aktif.

Daripada 77,201 individu yang disaring 12,079 kes didapati positif.

Ia melibatkan 4,398 rakyat tempatan dan 7,681 bukan warga negara.

Secara keseluruhan, terdapat 334 kluster dilaporkan di seluruh negara.

167 kluster telah diisytiharkan tamat, manakala 167 yang lain masih aktif dan sedang dipantau.

Daripada jumlah itu 36 kluster merekodkan pertambahan kes.