Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

KASA bakal wujudkan 30 stesen pemantauan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 24 November - 30 stesen pemantauan yang akan diwujudkan Kementerian Alam Sekitar dan Air tidak hanya terhad kepada pengesanan pencemaran air.

Sebaliknya turut berupaya mengesan pelbagai jenis pencemaran berkaitan alam sekitar.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pembinaan stesen pemantauan itu diharap dapat mengatasi segala kelemahan sebelum ini.

Datuk Seri Tuan Ibrahim berkata demikian ketika menggulung perbahasan RUU Perbekalan 2021 bagi kementeriannya.