Sunday, 17 January 2021

updated 1:07 PM UTC, Jan 17, 2021

KPM tambah siaran TV Pendidikan

  • Published in Nasional


KUALA LUMPUR, 24 November- 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menambah siaran TV Pendidikan bagi memenuhi hasrat murid, ibu bapa dan guru berdasarkan tinjauan pada 17 April hingga 19 April lalu.

Ini menjadikan, keseluruhan siaran TV berkenaan adalah selama sembilan jam sehari, iaitu dua jam di TV Okey, tiga jam di saluran NTV7 dan empat jam di Tutor TV Astro.

Tinjauan dilaksanakan bagi melihat penerimaan dan keberkesanan penggunaan TV Pendidikan oleh pengguna di kawasan luar bandar.

Ia meliputi 600 sekolah, dengan lebih 12,000 murid, 17,665 guru serta 14,786 ibu bapa atau penjaga di lapan negeri.

"Seramai 96.4 peratus murid setuju slot TV Pendidikan ditambah."

"Selain itu, 98.7 peratus murid, 98 peratus guru dan 96 peratus ibu bapa atau penjaga bersetuju tempoh rancangan TV Pendidikan dilanjutkan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."

"Tinjauan mendapati 96 peratus guru berpandangan kandungan TV Pendidikan adalah selari dengan buku teks."

Penjelasan itu bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).

Sebanyak 89 peratus ibu bapa dan penjaga berpendapat TV Pendidikan dapat menarik minat belajar anak mereka.

Laporan capaian tontonan TV Pendidikan pula menunjukkan, jumlah tontonan kumulatif di TV Okey sejak 6 April 2020, adalah sebanyak 1.8 juta tontonan.

Manakala, jumlah tontonan di Saluran TV Astro sejak 4 Mei 2020, 5.4 juta tontonan.