Sunday, 17 January 2021

updated 12:18 PM UTC, Jan 17, 2021

KKMM kenal pasti kekangan teknikal penyediaan perkhidmatan jalur lebar

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 24 November - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah mengenal pasti kekangan teknikal dalam usaha menyediakan perkhidmatan jalur lebar yang baik kepada masyarakat khususnya di luar bandar.

Menurut Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, tindakan segera telah diambil meliputi usaha membina fasiliti baharu dan menaik taraf kemudahan sedia ada.

Kolaborasi strategik merentasi kementerian, kerjasama dengan syarikat telekomunikasi dan sesi libat urus dengan kerajaan negeri turut dilakukan.

Tambahnya, Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dilancarkan pada Ogos lalu akan mempercepat proses peningkatan mutu perkhidmatan jalur lebar dalam negara.

Menerusi pelan tersebut, liputan jalur lebar mudah alih 4G akan diperluas dan kelajuannya dipertingkat.

Datuk Saifuddin memaklumkannya pada sesi soal jawab mengenai Kesalinghubungan Internet bersama media di Parlimen.