Sunday, 17 January 2021

updated 10:41 AM UTC, Jan 17, 2021

PKS perlu pilih perniagaan yang relevan dengan situasi semasa

  • Published in Nasional


PETALING JAYA, 24 November- 
Industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta usahawan mikro perlu memilih perniagaan yang betul dan relevan dengan situasi semasa.

Sekaligus membolehkan golongan berkenaan untuk terus kekal berdaya saing dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah menjelaskan, ia bagi memastikan pemulihan dan kelestarian operasi serta kelangsungan perniagaan selaras dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030.

Jelas beliau, peruntukan itu diharap dapat dimanfaatkan lebih 6.1 juta ahli berdaftar di lebih 14,000 koperasi seluruh negara untuk terus memainkan peranan seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara.

Dalam pada itu ujarnya peruntukan sebanyak RM95 juta pembiayaan mikro kredit khas melalui TEKUN Nasional, MARA dan Agrobank untuk agenda pemerkasaan usahawan wanita mampu membantu merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara.