Sunday, 17 January 2021

updated 1:37 PM UTC, Jan 17, 2021

Malaysia-Singapura berunding beri kelonggaran rakyat Malaysia bekerja di sana berulang-alik

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 24 November - Kementerian Luar sedang berunding dengan kerajaan Singapura untuk memberi kelonggaran membuka pintu sempadan serta kebenaran kepada rakyat Malaysia yang bekerja dengan berulang alik dari Johor ke Singapura.

Jelas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, cadangan Prosedur Operasi Standard (SOP) sudah disiapkan kerajaan Johor bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk diteliti Kementerian Kesihatan.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar menyebut terdapat rakyat Malaysia terperangkap di republik itu akibat penutupan sempadan sekali gus menghalang mereka berulang-alik dari Johor seperti sebelum ini.