Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

COVID-19: KKM kenal pasti tiga lagi kluster baharu

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 21 November - Tiga kluster baharu COVID-19 dikenal pasti hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 168.

Kluster Penjara Jalan Harapan dikesan di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Manakala Kluster Kota Kecil pula di Kota Tinggi, Johor.

Satu lagi kluster baharu dikenalpasti ialah Kluster Sky Coklat di Labuan.

Sementara itu, dua kluster tamat hari ini iaitu Kluster Bah Kayu dan Kluster Lekir.