Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

JKM lulus 30,000 permohonan bantuan sejak April

  • Published in Nasional

SEPANG, 21 November - Permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat  (JKM) meningkat dua kali ganda dalam tempoh tujuh bulan sejak April tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, 30,000 permohonan yang layak diluluskan, berbanding 19,000 dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Tambahnya, bantuan diberikan kepada golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan mereka yang berpendapatan rendah iaitu RM2,208 sebulan berbanding RM980 bagi setiap isi rumah.

Terdahulu, beliau menyerahkan bantuan keperluan asas serta kewangan pada Program Kembara Prihatin Negara di Sepang.

Dalam program mingguan ini, 9 keluarga menerima bantuan keperluan asas harian bernilai RM100 dan bantuan kewangan Yayasan Kebajikan Negara (YKN).