Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Lebih banyak negeri dijangka larang penjualan arak

  • Published in Nasional

KOTA BHARU, 21 November - Lebih banyak negeri dijangka mengikut langkah Wilayah Persekutuan untuk tidak membenarkan penjualan arak di kedai runcit dan serbaneka.

Ini kerana kerajaan menerima maklum balas positif daripada masyarakat pelbagai kaum berhubung langkah itu.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary, penjualan arak di premis berkenaan mendorong kepada perkara negatif seperti kes pemandu mabuk sehingga menyebabkan kematian.

Beliau ditemui media pada Program Inspirasiku MyHaus dan FoodBank YaPEIM 2.0 di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Larangan penjualan terbabit yang diperkenal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula Oktober tahun depan.