Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Pemborong dibenarkan simpan stok makanan lebih 30 peratus persedian hadapi banjir

  • Published in Nasional

BATU PAHAT, 21 November - Pemborong dibenarkan menyimpan bekalan makanan 30 peratus lebih daripada kuota biasa, sebagai persediaan hadapi musim tengkujuh dan banjir .

Langkah itu, bagi memastikan bekalan makanan dapat terus disalurkan kepada orang ramai.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, antara inisiatif lain bagi memastikan bekalan makanan tidak terputus semasa banjir adalah dengan mempergiat pemeriksaan di setiap rantaian pengedaran, serta libat urus bersama industri pengeluar, dan pengimport.

Selain itu, Pusat Arahan Penguatkuasaan juga akan diaktifkan di negeri terlibat dengan banjir.

Datuk Rosol ditemui media ketika melawat Kilang Pengeluar Telur Ayam Teo Seng Feedmill di Batu Pahat, Johor.