Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

[TERKINI] Dayang Topaz: Dua disahkan maut, 185 berjaya diselamatkan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 27 Oktober - Dua disahkan maut, manakala 185 berjaya diselamatkan selepas sebuah kapal penyelenggaraan, Dayang Topaz, karam.

Insiden berlaku pada kedudukan 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri, Sarawak, pagi tadi.

Kematian kedua disahkan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin ketika ditemui wartawan di Jeti offshore Krokop.

Kenyataan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som sebelum itu mengesahkan pada 9.29 pagi tadi, empat kru yang dilaporkan hilang telah berjaya ditemukan berhampiran lokasi insiden.

Berdasarkan maklumat awal, kejadian berpunca daripada salah satu kabel sauh Kapal Dayang Topaz terputus ekoran cuaca buruk dan kapal tidak dapat dikawal lantas hanyut melanggar platform pelantar minyak.

Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) mendapat kerjasama syarikat carigali minyak, tentera udara DiRaja malaysia, bomba dan national search coordination centre brunei yang telah menugaskan sebuah pesawat Brunei Shell Petroleum termasuk komuniti nelayan tempatan terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.