Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

JBPM Selangor berdepan kesukaran kerjasama warga asing jalan operasi sanitasi awam

  • Published in Nasional

SHAH ALAM, 27 Oktober - Kesukaran mendapat kerjasama warga asing ketika menjalankan operasi sanitasi awam COVID-19 antara cabaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor.

Pengarahnya, Norazam Khamis memaklumkan situasi yang dilalui, ketika operasi di kawasan melibatkan warga asing.

Bagaimanapun, pihaknya mendapat kerjasama baik daripada warga tempatan yang memahami tugas anggota bomba dan penyelamat apabila melaksanakan sanitasi di kawasan mereka.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan kerja sanitasi di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Shah Alam.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lepas hingga hari ini, pasukan bomba dan penyelamat telah melaksanakan operasi sanitasi awam di 916 lokasi termasuk agensi kerajaan, pusat tahfiz, sekolah, rumah ibadat, pasar awam, perhentian bas dan perumahan.

Setakat ini, pihaknya belum terima permohonan daripada kompleks beli-belah, bagi tujuan itu.