Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Tiada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

  • Published in Nasional

 

PUTRAJAYA, 27 Oktober - Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan dan aktiviti berkaitan bagi tahun ini dibatalkan susulan peningkatan kes COVID-19.

Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, ia masih diraikan dengan penghayatan, walaupun tidak diadakan secara formal seperti kebiasaan.

Jelas beliau, biarpun penganjuran Maulidur Rasul tahun ini tidak melibatkan penyertaan masyarakat, namun beberapa pengisian dan acara sampingan lain akan dicadangkan sebagai alternatif kepada sambutan ini.

Tambahnya lagi, biarpun dirai dalam suasana kebiasaan baharu, umat Islam disaran untuk terus menzahirkan kecintaan kepada Rasullulah SAW sebagai ingatan.

Beliau menyatakannya kepada media selepas menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Pertandingan Seni Khat Peringkat Kebangsaan 2020 secara persidangan maya di Kompleks Islam Putrajaya.