Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Seorang maut, 124 kru Dayang Topaz berjaya diselamatkan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 27 Oktober - Seorang maut, manakala 124 kru kapal berjaya diselamatkan, selepas sebuah kapal penyelenggaraan, Dayang Topaz, karam.

Insiden berlaku pada kedudukan 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri, Sarawak, pagi tadi.

Kenyataan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som mengesahkan pada 9.29 pagi tadi, empat kru yang dilaporkan hilang telah berjaya ditemukan berhampiran lokasi insiden.

Dengan penemuan itu, 124 individu telah berjaya diselamatkan, seorang meninggal dunia dan 62 masih berada di atas kapal Dayang Topaz.

Berdasarkan maklumat awal, kejadian berpunca daripada salah satu kabel sauh Kapal Dayang Topaz terputus ekoran cuaca buruk dan kapal tidak dapat dikawal lantas hanyut melanggar platform pelantar Minyak Beram B.

Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) mendapat kerjasama dengan syarikat carigali minyak Petronas Shell, tentera udara malaysia, bomba, national search coordination centre brunei yang telah menugaskan sebuah pesawat Brunei Shell Petroleum termasuk komuniti nelayan tempatan untuk operasi mencari dan menyelamat.

Aset-aset terlibat KM Siagut, KM Siakap dan bot penggalang 23 kini berada di lokasi kejadian untuk memantau keselamatan mangsa.

Keadaan laut masih bergelora dengan ketinggian 3.5 ke 4 meter.