Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Situasi terkini COVID-19 turut dibentang dalam Mesyuarat Raja-raja

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 27 Oktober - Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, KKM telah membentangkan situasi semasa COVID-19 dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu yang dipengerusikan Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ahad lalu.

Selain perkembangan terkini pendemik, turut dipersembahkan mengenai tindakan menurunkan kadar kebolehjangkitan serta isu vaksin.

Beliau berkata, KKM turut berkongsi unjuran penularan kes termasuk senario jangkitan COVID-19 selain jangka masa KKM menjalankan tugas di lapangan serta situasi di Sabah.