Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

PKPD di Taman Mesra dan Taman Mawar, Sabah berkuat kuasa 28 Oktober ini

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 27 Oktober - Di Sabah, MKN bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan diperketatkan- PKPD di Taman Mesra dan Taman Mawar di Sandakan, bermula 28 Oktober 2020 sehingga 10 November.

Ini disebabkan terdapat peningkatan kes positif di dua lokasi tersebut.

PKPD ini merangkumi 5,100 unit rumah, melibatkan 22,500 penduduk.

Sementara itu, PKPD di Taman Khazanah Indah dan Pangsapuri Mutiara Kasih di Lahad Datu, serta Felda Umas di Kalabakan juga dilanjutkan bermula 27 Oktober sehingga 9 November 2020.

Peningkatan kes positif masih dikesan di ketiga-tiga lokaliti.