Saturday, 28 November 2020

updated 9:00 AM UTC, Nov 28, 2020

Tiga lagi kluster baharu libatkan Sabah, Negeri Sembilan dan Perak

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 26 Oktober - Tiga kluster baharu dikenal pasti melibatkan negeri Sabah, Negeri Sembilan dan Perak.

Kluster Kapor melibatkan daerah Kudat, Sabah yang dikenal pasti positif hasil saringan komuniti pelaut yang menetap di Kampung Tanjung Kapor.

Hasil saringan terhadap 127 individu, 46 dikesan positif manakala 81 yang lain masih menunggu keputusan.

Manakala Kluster Penjara Tapah melibatkan daerah Batang Padang di Perak hasil saringan di Penjara Tapah bermula 12 Oktober lepas.

Sehingga kini, 2,268 telah menjalani saringan.

11 daripadanya dikesan positif, 1,820 negatif manakala 437 lagi masih menunggu keputusan.